SELAMAT DATANG KE WEBLOG DATO NAZRI KAMAL AL BENTAN

Tuesday 7 March 2017

PERSATUAN KEBAJIKAN ZURIAT KETURUNAN PUSAKA BENTAN MALAYSIA






 





 
Dato’ Nazri selaku Presiden Pengasas terbentuknya Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Bentan Malaysia, menjelaskan : persatuan kebajikan zuriat keturunan pusaka Bentan Malaysia telah didirikan tahun 2012. Tujuannya untuk membuat amal kebajikan serta budaya di bumi Malaysia dan Bintan, Kepulauan Riau serta Riau. Banyak kerja-kerja amal dan budaya sudah dilakukan khusus untuk merapatkan jaringan kekerabatan diantara anak cucu Melayu Bintan, dimanapun mereka berada. Objektifnya untuk membantu dan membangunkan tanah tercinta , tanah leluhur  iaitu Bintan

 Gunung Bintan menjadi saksi peradaban kegemilangan bangsa Melayu dengan sejarah Melayu Bintan, dari istana Bukit Bijana hingga istana Kota Kara. Dari Tun Telani, permaisuri Wan Seri Beni, Sang Nila Utama, Laksamana Hang Tuah, Laksamana Megat Sri Rama, dan banyak lagi tokoh-tokoh pembesar-pembesar dari Bintan yang membuat sejarah Bintan begitu menjulang dai pelosok nusantara.
Sudah terbukti kemantapan sejarah Bintan. Dan hari demi hari, persatuan kebajikan zuriat keturunan Bentan Malaysia akan terus bergandeng bahu, bekerjasama dalam budaya dan kebajikan di Bintan mempromosikan Bintan ke mancanegara.
 
BEBERAPA PENGHARGAAN YANG DIPEROLEH :
 
- Menerima anugerah Darjah Kebesaran Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato’dari Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 2014
- Menerima gelaran Dato’ Indera Setia dari Perhimpunan Agong dan kerabat  Kerajaan Riau Lingga (Indonesia) oleh Yang Dipertuan Besar Tengku Hussin Ibni Tengku Saleh Damnah pada tahun 2013
- Menerima anugerah dari Pemerintah Kota Batam  pada tahun 2015 oleh Walikota Batam iaitu anugerah Mitra budaya
- Menerima anugerah Ahli Kehormat Pasukan Rela Malaysia(penguasa rela) dibawah pasukan sukarelawan Malaysia (Wilayah Persekutuan),tempoh lantikan dari 2015-2019
- Dilantik sebagai penasihat khalifah Persatuan Seni Silat Gayong Pusaka Malaysia (Seri Pelangi Gangga Chula Sakti) pada tahun 2013
- Anugerah Perpat sebagai Tokoh Peduli Terhadap Sejarah,Budaya ,Masyarakat Tempatan & Berdedikasi Dalam Pembangunan Provinsi Kepulauan Riau pada tahun 2016
Dato Nazri aktif diberbagai Kegiatan Sosial dan Kemasyarakatan juga Kebudayaan beliau berharap agar semua yang dilakukan ini, kelak akan di kenang anak cucu sebagai Suatu Tonggak Sejarah yang tidak boleh dilupakan, untuk itu Beliau membuat/menulis Lirik Lagu yang bertajuk SAYANG LAKSEMANA BENTAN bersama dengan Tuan Budi Kailani (Pimpinan Group Musik Tradisional FASOLA dari Kota Batam serta dinyanyikan dengan sempurna oleh artis Ica (Indonesia) dan Sheede (Penyanyi Malaysia)