Mempersembahkan
TEATER BANGSAWAN
LAKSAMANA BENTAN
PENERBIT
Dato’ Nazri Kamal Al-Bentan
Karya,Olahan
dan Arahan
Dato’
Nazri Kamal Al-Bentan & Monaliza Hamzah
1.0 PENDAHULUAN
Projek teater ini adalah bertujuan
untuk menunaikan tanggungjawab sosial ke arah memartabatkan unsur kesenian
khususnya teater selari dengan inspirasi kerajaan dalam
usaha menyemarakkan dan meningkatkan
nilai kesenian dalam masyarakat.
Cadangan projek pementasan teater
ini adalah merupakan projek pembukaan tahun
2017 bagi Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia .Pertubuhan
ini mempunyai ahli-ahli yang sudah lama bertapak di dalam bidang kesenian.Persatuan
Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia ingin mengambil peluang dan ruang sebagai
salah satu pertubuhan yang akan bersama-sama menyemarakkan aktiviti kesenian di
Kuala Lumpur dan Selangor.
Pertubuhan ini membuka ruang kepada
para remaja dan belia yang mana berminat untuk menyalurkan bakat dan
bersama-sama memperjuangkan kesenian di samping menggalakkan para belia
melakukan aktiviti yang berfaedah dan mendapatkan ilmu dan pengalaman. Kami
juga berhasrat untuk menjadikan teater sebagai salah satu medium untuk
menyalurkan mesej yang boleh mencetuskan khalayak atau penonton bagi meluaskan
minda.
Pihak Persatuan Kebajikan Zuriat
Keturunan Pusaka Bentan Malaysia berharap untuk mendapatkan kerjasama
sepenuhnya daripada Auditorium Tunku Abdul
Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur membantu
usaha murni kami dalam meningkatkan dan menaikkan lagi industri teater di
Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur
dan Selangor
OBJEKTIF
Menggarap kepekaan terhadap keperluan persekitaran ke arah mewujudkan
suasana berbudaya sekaligus dapat mengembangkan kegiatan-kegiatan yang
menjadikannya sebagai satu media kebudayaan yang berkesan yang diharapkan akan
dapat mendidik dan menyedarkan orang ramai
terutamanya generasi muda di dalam memenuhi keperluan industri seni.
Menyediakan
ruang kepada aktivis-aktivis teater terutamanya di kalangan generasi muda
sebagai satu medium untuk mencungkil bakat dan menyalurkan mesej kepada orang
ramai.
Turut serta
bagi menyemarakkan lagi industri teater tanahair.
Melahirkan
para belia atau remaja yang cemerlang dan jauh daripada melakukan aktiviti-aktiviti
yang tida sihat dengan mengikut aktiviti kesenian.
Bertujuan
untuk memantapkan lagi Pihak Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan
Malaysia di dalam persada seni dan kebudayaan khususnya bidang teater.
Menyalurkan
mesej tentang nilai-nilai murni seperti keagamaan, kemanusiaan memartabatkan
adat dan budaya, tanggungjawab hidup bermasyarakat, nilai-nilai sosio budaya
dan sebagainya kepada khalayak.
Mengangkat
kembali kisah sejarah Laksamana Bentan agar generasi yang akan dating dapat
mengetahui sejarah tersebut.
Menjalinkan
perhubungan Melayu serumpun dikalangan Malaysia-Indonesia.
ANJURAN
Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka
Bentan Malaysia dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI),Institut Seni
Malaysia Melaka,Institut Kajian Sejarah, Patriotisme Malaysia (IKSEP),Persatuan
Kebudayaan Suara Alam,Selangor, Pusat
Pelancongan Malaysia (MaTiC),Batam BISA Production,Sanggar Seni Bulan Mengambang
dan Provinsi Kepulauan Riau
TARIKH & TEMPAT
Tarikh : 25, 26
Mac 2017 – 2hari pementasan
Masa : 8.45
malam
Tempat : Auditorium
Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan
Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur
SASARAN
PENONTON
Murid-murid sekolah
Pelajar IPTA/IPTS
Aktivis dan peminat
teater seluruh Negara
Para Pengkaji dan pengkritik teater
Pesilat-pesilat
tanahair
Pengurusan dan
Tenaga Produksi Teater Bangsawan
Laksamana Bentan
Penerbit Persatuan Kebajikan Zuriat
Keturunan Pusaka Bentan Malaysia
Penulis Skrip Dato’ Nazri
Kamal Al-Bentan &
Monaliza Hamzah
Arahan &
Olahan Dato’ Nazri
Kamal Al-Bentan &
Monaliza Hamzah
Pengurus
Produksi Persatuan Kebudayaan Suara
Alam,Selangor
Pendukung
Watak & Perwatakan
Batam Bisa Production &
Persatuan Kebudayaan Suara Alam,Selangor
KARYA PEMENTASAN
Karya yang ingin kami pentaskan
adalah bertajuk Laksamana Bentan dan berdurasi selama lebih kurang 120 minit.
Hasil nukilan Dato’ Nazri Kamal
Al-Bentan dan Monaliza Hamzah.Ia merupakan sebuah karya yang berbentuk bangsawan.
8.2 SINOPSIS LAKSAMANA BENTAN
LAKSAMANA BENTAN adalah cerita tentang pembalasan (dendam)
Laksamana Megat Seri Rama kepada Raja yang zalim, saya sekadar ingin
menceritakan sinopsis cerita ini kepada semua, pasti semuanya masih ingat filem
lakonan Nordin Ahmad ini dalam cerita Sultan Mahmud Mangkat Di Julang.
Ceritanya adalah tentang konflik
istana, ketaatan hulubalang, penentangan terhadap lanun dan kezaliman sultan
yang membawa kepada kemangkatannya. Ceritanya mencapai klimaks apabila
Laksamana lakonan dihantar ke luar untuk menghapuskan lanun-lanun yang
bermaharajalela merompak dan melakukan kerosakan.
SINOPSIS LAKSAMANA BENTAN
Saat pemergian Laksamana itu, beliau
meninggalkan isterinya yang sarat mengandung. Dalam menjalankan tugasnya dan
isterinya pula mengidamlah untuk memakan buah nangka. Kebetulan pula lalulah
orang istana yang membawa buah nangka Sultan Mahmud. Isteri Laksamana ini
meminta dan merayu untuk diberikan kepadanya walaupun seulas sebagai memenuhi
selera mengidamnya itu. Seulas nangka diberi dan akhirnya membawa kepada
kemurkaan Sultan dan baginda terus menghukum bunuh isteri Laksamana itu dengan
kejam sekali.
Ungkapan yang mungkin paling
digemari penonton bahkan menjadi satu frasa yang tegas lagi indah untuk
dititipkan semula pada masa sekarang adalah "Raja adil raja ku sembah,
raja zalim raja ku sanggah" yang dituturkan oleh pelakon yang berperanan
sebagai Laksamana. Kesudahannya, keturunan Laksamana Megat Sri Rama dan
sekalian anak bentan disumpah muntah darah jika menginjak kaki ke tanah Kota
Tinggi. Cerita ini menunjukkan kepada kita bahawa menentang kezaliman itu
adalah suatu perkara wajib dan sebagaimana al-Quran tidak memberikan ketaatan
mutlak kepada pemimpin sebagaimana ketaatan kepada Allah dan Rasul. Cerita ini
sekadar sinopsis dari cerita Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
PENUTUP
Permulaan dan proses gerak kerja ke
arah pementasan teater bangsawan ‘Laksamana Bentan’(Megat Sri Rama) ini
memerlukan sokongan dan dorongan daripada semua pihak agar objektif yang
tersurat dan tersirat dapat direalisasikan.
Semoga pihak tuan dapat memberi
bantuan dan kerjasama yang akan memudahkan pengurusan dan perjalanan teater ini
akan sentiasa diberkati dan dirahmati serta dilimpahkan kurnia kepadaNya.
Sekian dari kami, Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia dan disudahi dengan Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Amiinn.
No comments:
Post a Comment