Dato’ Nazri selaku Presiden
Pengasas terbentuknya Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Bentan Malaysia,
menjelaskan : persatuan kebajikan zuriat keturunan pusaka Bentan Malaysia telah
didirikan tahun 2012. Tujuannya untuk membuat amal kebajikan serta budaya di bumi
Malaysia dan Bintan, Kepulauan Riau serta Riau. Banyak kerja-kerja amal dan
budaya sudah dilakukan khusus untuk merapatkan jaringan kekerabatan diantara
anak cucu Melayu Bintan, dimanapun mereka berada. Objektifnya untuk membantu
dan membangunkan tanah tercinta , tanah leluhur
iaitu Bintan
Sudah terbukti kemantapan sejarah Bintan. Dan hari demi
hari, persatuan kebajikan zuriat keturunan Bentan Malaysia akan terus
bergandeng bahu, bekerjasama dalam budaya dan kebajikan di Bintan mempromosikan
Bintan ke mancanegara.
BEBERAPA PENGHARGAAN YANG DIPEROLEH :
-
Menerima anugerah Darjah Kebesaran Mahkota Pahang yang membawa gelaran
Dato’dari Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni
Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 2014
-
Menerima gelaran Dato’ Indera Setia dari Perhimpunan Agong dan kerabat Kerajaan Riau Lingga (Indonesia) oleh Yang
Dipertuan Besar Tengku Hussin Ibni Tengku Saleh Damnah pada tahun 2013
-
Menerima anugerah dari Pemerintah Kota Batam
pada tahun 2015 oleh Walikota Batam iaitu anugerah Mitra budaya
-
Menerima anugerah Ahli Kehormat Pasukan Rela Malaysia(penguasa rela) dibawah
pasukan sukarelawan Malaysia (Wilayah Persekutuan),tempoh lantikan dari
2015-2019
-
Dilantik sebagai penasihat khalifah Persatuan Seni Silat Gayong Pusaka Malaysia
(Seri Pelangi Gangga Chula Sakti) pada tahun 2013
-
Anugerah Perpat sebagai Tokoh Peduli Terhadap Sejarah,Budaya ,Masyarakat
Tempatan & Berdedikasi Dalam Pembangunan Provinsi Kepulauan Riau pada tahun
2016
Dato’ Nazri aktif diberbagai Kegiatan
Sosial dan Kemasyarakatan juga Kebudayaan beliau berharap agar semua yang
dilakukan ini, kelak akan di kenang anak cucu sebagai Suatu Tonggak Sejarah
yang tidak boleh dilupakan, untuk itu Beliau membuat/menulis Lirik Lagu yang
bertajuk “SAYANG
LAKSEMANA BENTAN” bersama
dengan Tuan Budi Kailani (Pimpinan Group Musik Tradisional FASOLA dari Kota
Batam serta dinyanyikan dengan sempurna oleh artis Ica (Indonesia) dan Sheede
(Penyanyi Malaysia)